KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL


Doktor sering memberikan ubat statin untuk pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Apabila kandungan kolesterol dapat dikurangkan dalam darah, ini akan mengurangkan serangan jantung atau strok.

Kebanyakan pesakit terpaksa mengambil ubat sepanjang hidup mereka. Mereka harus berusaha untuk mencapai tahap kolesterol yang normal melalui diet, senaman, mengurangkan berat badan dan mengambil pemakanan tambahan yang sesuai.

Ramai pesakit yang mengeluh kerana ubat statin memberikan kesan sampingan.
Antara kesan sampingan yang biasa berlaku apabila mengambil ubat statin adalah sakit otot. Pesakit mengeluh kerana merasa sakit, rasa keletihan atau lemah otot.

Kesakitan pada otot boleh jadi hanya sebagai rasa tidak selesa yang ringan. Kadangkala ia boleh menjadi teruk sehingga mengalami rasa sukar untuk membuat aktiviti seharian.
Sebagai contoh, pesakit mungkin mengalami rasa sakit ketika menaiki tangga atau berjalan.
Sangat jarang, ubat statin boleh menyebabkan mengancam nyawa akibat kerosakan otot dipanggil rhabdomyolysis. Rhabdomyolysis boleh menyebabkan kesakitan otot yang teruk, kerosakan hati, kegagalan buah pinggang dan kematian.

Rhabdomyolysis boleh berlaku apabila pesakit mengambil statin dalam kombinasi dengan ubat-ubatan tertentu atau jika pesakit mengambil ubat statin dengan dos yang tinggi.

Jika info ini berguna sila share dengan kawan2 anda... sharing is caring
Jangan lupe follow FB kami

 Hubungi admin jika ada sebarang soalan/kemusykilan tentang produk ini. Saya akan bantu ada dan jawab semua pertanyaan secepat mungkin 012 559 4634 (Riduwan Bakar)
-Admin
 Untuk buat tempahan klik sini Order

0 comment... add one now