HEPATITIS C



Kadar kes penyakit Hepatitis C di negara ini meningkat pada 2014 iaitu 7.3 kes bagi 100,000 penduduk berban­ding daripada 6.77 pada tahun sebelumnya, manakala bagi Hepatitis B pula masing-masing kepada 12.94 daripada 11.51 kes.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, golongan muda dalam lingkungan 20-an hingga 40-an dikenal pasti paling ramai dijangkiti dua jenis virus hepatitis yang paling bahaya itu ekoran gaya hidup mereka.

KKM bercadang menggunakan ubat baharu yang lebih moden bagi memberikan kadar penyembuhan lebih tinggi sehingga 100 peratus dan mempunyai kesan sampingan sangat sedikit untuk pesakit Hepatitis C.

Namun masih dalam proses perbincangan mengenai perkara tersebut ekoran kos rawatan menggunakan ubat berkenaan mencecah sehingga RM320,000 setiap pesakit.

Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom.

Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis.

Tanda-tanda antara ialah:
Merasa letih
Kurang selera makan
Loya
Muntah
Sakit perut (abdomen)
Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
Air kencing berubah warna menjadi warna teh
Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati (kerosakan hati) dengan komplikasinya.

Jika info ini berguna sila share dengan kawan2 anda... sharing is caring
Jangan lupe follow FB kami

 Hubungi admin jika ada sebarang soalan/kemusykilan tentang produk ini. Saya akan bantu ada dan jawab semua pertanyaan secepat mungkin 012 559 4634 (Riduwan Bakar)
-Admin
 Untuk buat tempahan klik sini Order

0 comment... add one now