BAHAYA TIDUR BERDENGKUR DAN CARA MENCEGAHNYA


Berdengkur berlaku apabila ada getaran pada struktur pernafasan yang lembut dan bunyi yang terhasil disebabkan oleh pergerakan udara terhalang semasa bernafas ketika tidur.
Dalam beberapa kes, bunyi yang berkenaan lembut, tetapi dalam kes-kes lain, ia boleh menjadi kuat dan tidak menyenangkan.
Berdengkur semasa tidur boleh menjadi tanda masalah yang lebih besar iaitu Obstructive Sleep Apnea (OSA), atau halangan pernafasan ketika tidur yang menyebabkan pernafasan terhenti seketika.
Para penyelidik mengatakan bahawa berdengkur adalah satu faktor yang menyebabkan seorang individu mengalami tidur yang kurang berkualiti.

PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR

1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Obes
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak

KESAN TIDUR BERDENGKUR

Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu
siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap
bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan

Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu
terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu
trafik

CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR

1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan
berlebihan
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk
sebelum tidur
3. Memilih posisi tidur secara mengiring
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang
sempit
6. Berhenti merokok

Jika info ini berguna sila share dengan kawan2 anda... sharing is caring
Jangan lupe follow FB kami

 Hubungi admin jika ada sebarang soalan/kemusykilan tentang produk ini. Saya akan bantu ada dan jawab semua pertanyaan secepat mungkin 012 559 4634 (Riduwan Bakar)
-Admin
 Untuk buat tempahan klik sini Order

0 comment... add one now