1.Berikan anak rehat secukupnya di rumah
Elakkanlah membawa
anak keluar rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat
mengelakkan virus berjangkit dengan kanak-kanak lain. Selain itu, anak
akan berasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama.
2.Sentiasa bersama anak
Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama
mereka dengan sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka berasa selesa
dan selamat. Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di
sekitar rumah untuk mengambil udara segar.
3.Bersihkan peralatan, rumah dan pakaian
Walaupun rumah kita lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah
sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk. Mop lantai
menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci antibakteria. Lebih
baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.
4.Aliran udara yang baik
Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.
5.Tepuk percussion
Menepuk bahagian badan depan dan belakang, dengan menggunakan tapak
tangan yang melengkung (seperti nak sendawakan bayi). Tepuk ini
bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika
menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)
6.Penjagaan makanan ibu
Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup
dengan melebihkan bawang putih di dalam sup berkenaan. Ibu juga boleh
mengambil makanan tambahan yang bersesuaian untuk ibu menyusu.
Wap bersama bawang putih dan minyak zaitun
Caranya:
- Dua ulas bawang putih dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen. Tambahkan sedikit minyak zaitun dan air panas.
- Riba anak dengan menghadapkan mukanya ke besen. Tutup kepala dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. Insya-Allah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selesema akan berkurangan.
Jika info ini berguna sila share dengan kawan2 anda... sharing is caring
Jangan lupe follow FB kami
Hubungi admin jika ada sebarang soalan/kemusykilan tentang produk ini. Saya akan bantu ada dan jawab semua pertanyaan secepat mungkin 012 559 4634 (Riduwan Bakar)
-Admin
Untuk buat tempahan klik sini Order