Banyak sebab sel darah merah boleh menjadi tinggi dalam darah. Dari
segi fisiologi, kiraan sel darah merah (RBC) yang tinggi boleh berlaku
kerana:
1. Terdapat rangsangan untuk meningkatkan pengeluaran sel
darah merah untuk mengimbangi tahap oksigen yang rendah kerana masalah
jantung yang lemah atau paru-paru tidak berfungsi dengan baik
2. Peningkatan pengeluaran sel darah merah untuk mengimbangi tahap
oksigen yang rendah pada ketinggian yang lebih tinggi. Misalnya penduduk
di kawasan pergunungan mempunya RBC yang tinggi.
3. Pembebasan terlalu banyak protein (erythropoietin, atau EPO) yang banyak, lalu meningkatkan pengeluaran sel darah merah
4. Sum-sum tulang mengalami masalah lalu mengeluarkan terlalu banyak sel-sel darah merah
5. Kapasiti membawa oksigen oleh sel-sel darah merah berkurangan, lalu
tubuh mengimbanginya dengan mengeluarkan lebih banyak RBC.
5.
Kehilangan plasma darah (komponen cecair darah), sering atau dehidrasi
yang menyebabkan secara perbandingannya RBC lebih tinggi dari biasa,
pada hal RBC tidak meningkat.
Bacaan sel darah merah boleh menjadi tinggi dalam darah, bermakna
terlalu banyak sel darah merah yang beredar dalam aliran darah kita.
Sel-sel darah merah (RBC), dihasilkan dalam sumsum tulang kita dan
berfungsi mengangkut oksigen daripada paru-paru ke tisu di seluruh
badan kita.
Secara umumnya bacaan sel darah merah yang tinggi ditakrifkan sebagai melebihi dari bacaan julat di bawah:
Se Darah Merah (RBC) Julat Normal
Wanita 4.2 - 5.4 million/mcL
Lelaki 4.7 - 6.1 million/mcL
Kanak-kanak 4.6 - 4.8 million/mcL
Bacaan RBC sahaja tidak digunakan secara bersendirian, bermakna jika kita hanya melihat bacaan RBC saja, ia kurang membantu doktor membuat sebarang diagnosis. Ia perlu dibaca bersama dengan ujian darah yang lain seperti hematokrit dan ujian hemoglobin.
Bacaan RBC yang tinggi boleh disebabkan oleh beberapa penyakit. Namun ujian ini tidak cukup khusus untuk mendiagnosis penyakit tertentu. Ia hanya sebagai penanda bahawa pesakit mengalami masalah yang perlu diperiksa dengan lebih lanjut.

Jangan lupe follow FB kami
Hubungi admin jika ada sebarang soalan/kemusykilan tentang produk ini. Saya akan bantu ada dan jawab semua pertanyaan secepat mungkin 012 559 4634 (Riduwan Bakar)
-Admin
Untuk buat tempahan klik sini Order