Perempuan dan kasut sememangnya tidak
boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, saling melengkapkan satu
dengan yang lain. Kasut tumit tinggi, khususnya, dikatakan dapat
meningkatkan keanggunan dan keyakinan diri si pemakai persis peragawati
dan eksekutif.
Namun, tahukah anda pemakaian kasut bertumit tinggi ini boleh menyebabkan masalah postur dan masalah sakit sendi?
Anatomi Manusia – Indahnya Ciptaan Allah (Tuhan)
Badan manusia dicipta dengan prinsip
biomekanik yang tepat dan terperinci. Ini dapat dilihat pada kerangka
teras atau ‘axial skeleton’ manusia iaitu tulang belakang (tengkuk ke
punggung), sendi pinggul, lutut, buku lali dan kaki. Buku lali dan kaki
manusia itu sendiri terdiri daripada 28 tulang dan 44 sendi yang
berbeza.
Tapak kaki kita bertindak seperti
‘tripod’ dengan tiga tempat utama yang bertindak sebagai titik focus
kaki. Titik fokus ini ialah pada bebola jari pertama dan kelima serta
tulang tumit (calcaneum). Disamping itu, anatomi kaki kita terbahagi
kepada tiga kolum utama, kolum medial, kolum lateral dan kolum melintang
(tranverse column) yang membentuk arca. Bentuk tripod dan arca
dengan 3 kolum ini membolehkan pembahagian berat badan yang sekata
apabila kita berjalan.
Berjalan dan Berlari
Semasa berjalan atau berlari, berat
badan kita dibahagikan secara sama rata pada setiap sendi daripada sendi
pinggul, lutut, buku lali dan kaki. Ini memberikan keseimbangan kepada
badan dan kesan tekanan yang minima kepada otot dan sendi yang menyentuh
bumi setiap kali kita berpijak.
Apabila kita berpijak, sebenarnya kita
melalui 4 fasa yang berbeza yang dikenali sebagai ‘gait cycle’. Ia
termasuk fasa hentakan tumit (heel-strike), fasa berdiri (stance phase),
fasa tolakan jejari kaki (toe-off) dan fasa hayunan kaki (swing phase).
Perubahan dari satu fasa ke fasa berikutnya melibatkan kontraksi otot
yang berbeza serta pergerakan sendi yang kompleks dan saling melengkapi.
Perubahan pada mana-mana bahagian ini akan memberi kesan kepada
bahagian yang lain.
Perubahan akibat Kesan Kasut Tumit Tinggi
Apabila seseorang wanita memakai kasut
bertumit tinggi, anatomi serta biomekanik sendi kaki serta buku lali
berubah mengikut bentuk kasut tersebut. Sendi buku lali akan melunjur ke
depan manakala jari-jari kaki akan membengkok ke atas dan mencapah.
Apabila berjalan, berat badan si pemakai akan lebih tertumpu pada bebola jari kaki (balls of the toes)
sahaja berbanding bentuk tripod iaitu pada bebola dari pertama, kelima
dan tulang tumit, sekiranya berjalan dengan memakai kasut leper. Tekanan
berterusan sebegini boleh mengakibatkan masalah penebalan kulit pada
bebola kaki yang dikenali sebagai callosities dan juga tekanan
pada saraf jari kaki. Saraf yang terkepit ini mengakibatkan kesakitan
dan kadangkala kekebasan pada jari kaki yang dikenali sebagai Morton Neuroma.
Bagi mencantikkan kedudukan jari-jari
kaki ini, kasut bertumit tinggi ini juga kebiasaannya dicipta dengan
muncung yang tirus bagi membolehkan jari-jari kaki merapat antara satu
sama lain. Sekiranya dipakai untuk satu tempoh masa yang panjang, ia
boleh mengakibatkan masalah yang dikenali sebagai Hallux valgus, Bunion dan Bunionette.
Hallux valgus ialah keadaan dimana ibu
jari kaki terpusing, membengkok dan mengakibatkan terbentuknya Bunion
iaitu benjolan pada pangkal ibu jari kaki. Ia sebenarnya ialah hujung
tulang metatarsal ibu jari kaki yang terdedah akibat ibu jari yang telah
membengkok. Bunionette pula keadaan yang sama berlaku apabila jari kaki
kelima yang membengkok ke dalam menyebabkan hujung tulang metatarsal
kelima menjadi ketara. Sekiranya tidak di rawat, ia boleh menyebabkan
radang dan ulser pada kulit akibat geseran yang berterusan.
Disamping itu, postur kaki yang memakai
kasut bertumit tinggi mengakibatkan paksi keseimbangan badan berubah dan
memberi beban kepada otot betis dan peha bagi memastikan si pemakai
terus stabil dan tidak terjatuh ketika berdiri dan berjalan.
Bagi memastikan paksi badan kekal
seimbang, tulang belakang akan menjadi lebih membengkok menyebabkan
terjadinya lumbar lordosis yang melampau (tulang belakang bahagian
lumbar terlalu melengkung) dan berkemungkinan menyebabkan sakit belakang
yang kronik. Beban tidak seimbang pada sendi lutut dan pinggul juga
boleh mengakibatkan terjadinya sakit sendi atau Osteoarthritis pada usia
yang lebih muda.
Kesimpulannya, masalah-masalah yang berkaitan kasut bertumit tinggi boleh diringkaskan seperti berikut:
- Bunion
- Bunionette
- Hallux valgus
- Radang otot dan urat (tendonitis)
- Sakit pinggang dan belakang
- Osteoarthritis pada sendi buku lali, lutut dan pinggul
- Lumbar lordosis yang melampau
Nasihat saya, dalam kita menjaga
penampilan diri kita, kita perlu mengambil kira kesannya terhadap
kesihatan badan. Kesihatan patut sentiasa lebih diutamakan dalam setiap
segi. Penggunaan kasut tumit tinggi, sekiranya tidak boleh
diberhentikan, seboleh-bolehnya perlu diminimakan. Kerosakan sendi yang
telah berlaku tidak dapat diundur kembali. Mencegah adalah lebih baik
daripada merawat.
Credit: mmgazette.com
Jangan lupe follow FB kami
Hubungi admin jika ada sebarang soalan/kemusykilan tentang produk ini. Saya akan bantu ada dan jawab semua pertanyaan secepat mungkin 012 559 4634 (Riduwan Bakar)
-Admin
Untuk buat tempahan klik sini Order