AIDULFITRI 2015


Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya, Mohd Riduwan Bakar ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menghayati Hari Raya Aidulfitri Maaf Zahir & Batin. Dihari mulia ini admin ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada silap salah selama kita berkenalan dan berurusan.

Bagi yang memandu ke kampung halaman, memandulah dengan penuh berhemat dan berhati hati. Ingatlah orang yang tersayang, semasa memandu banyakkan bersabar dan bertolak ansur. InsyaAllah, kita akan selamat sampai...

Admin ingin berkongsi sedikit tips kesihatan, iaitu mengawal berat badan selepas raya.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan penambahan berat badan selepas raya?
Caranya ialah mengelakkan peningkatan paras hormon insulin secara mendadak dengan cara meningkatkan pengambilan protein seperti daging, ayam dan ikan. Pengambilan lebih protein dapat meningkatkan metabolisme badan. Pengambilan protein juga membuatkan kita cepat kenyang dan boleh melawan nafsu untuk makan banyak.

Di antara tanda-tanda peningkatan paras hormon insulin terlalu tinggi adalah rasa mengantuk selepas makan.
Kita juga boleh mengambil makanan tambahan untuk mengawal paras gula agar tidak terlalu tinggi dan stabil. Di antara makanan tambahan yang boleh kita ambil adalah L Carnitine dan Co Enzyme Q10.

Sekian,

0 comment... add one now